Tuesday 2 October 2012

Ghazal



Ghazal (Parsi: غزل; Turki gazel) merupakan puisi yang berasal sekitar 670 M, dari Parsi. Ia biasanya adalah puisi kasih sayang yang mempunyai pola irama ringan dan diiringi muzik. Ghazal popular di daerah Muar dan Batu Pahat.
Dalam sastera (dan sebagai lirik lagu), ghazal adalah bentuk puisi poetic form mengandungi rangkap yang berkongsi rima dan refrain. Setiap baris mesti berkongsi ukuran yang sama. Secara etimologi, perkataan "ghazal" secara harfiah merujuk pada "tangisan kematian seekor gazel". Haiwan itu dipanggil ghizal. Secara tradisinya, ghazal adalah ungkapan cinta, perpisahan dan kesunyian yang sesuai dilambangkan oleh gazel. Jadi, ghazal dapat difahami sebagai ungkapan berbentuk puisi tentang kesakitan akibat kehilangan seseorang yang dikasihi atau perpisahan dan keindahan cinta meskipun pedih. (Dalam bahasa Arab perkataan "ghazal" secara harfiahnya bererti "berbicara dengan wanita").
Ghazal dalam bentuk silam, bermula pada abad ke 10 ayat bahasa Persia. Ia adalah dari qasida Persia, yang sebelum itu diambil dari bentuk Arab yang boleh dikesan bermula seawal abad ke 8. Ghazal berkembang ke India pada abda ke 12 di bawah pengaruh Mughal. Walaupun ghazal merupakan bentuk puisi Urdu yang terkemuka, masa kini ia mempengaruhi puisi banyak bahasa.
Ghazal ditulis oleh penyair dan ahli sufi Persia, Jalal al-Din Muhammad Rumi (abad ke-13) dan Hafez (abad ke-14), penyair Turki Fuzuli (abad ke-16), dan juga Mirza Ghalib (1797-1869) dan Muhammad Iqbal (1877-1938), yang menggunakan bahasa Parsi dan Urdu. Melalui pengaruh Johann Wolfgang von Goethe (1749-1832), ghazal menjadi popular di Jerman pada abad ke-19, dan bentuk ini digunakan secara meluas oleh Friedrich Rückert(1788-1866) dan August von Platen (1796-1835). Penyair Kashmir-Amerika Syarikat Agha Shahid Ali juga merupakan penyokong bentuk ini, dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain; dia menyunting jilid "real ghazals in English."

No comments:

Post a Comment