Bongai atau juga dikenali sebagai Lantak Kudo, Rentak Kuda, atau Petasihl merupaka satu kebudayaan Negeri Sembilan.
Bongai mencapai puncak kemasyhurannya pada 1950-an di mana ia dianggap sebagai kemestian dalam sebarang majlis yang diadakan terutamanya majlis perkahwinan.
Secara mudah Bongai merujuk kepada majlis berbalas pantun secara melagukannya dengan kadang kala diiringi alat muzik. Pada masa dahulu, ia sering diadakan pada waktu malam, selepas balik dari bendang dan huma. Biasanya bermula sekitar pukul sepuluh (selepas solat isyak) sehinggalah sebelum tarhim (azan subuh).
Menurut Lembaga Luak Ulu Muar, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, istilah bongai berasal daripada cantuman perkataan 'abong' iaitu panggilan manja masyarakat Minangkabau untuk anak perempuan serta partikel 'ai'.
Beliau berkata, bongai yang juga dikenali sebagai 'rentak kuda' merupakan satu bentuk hiburan semasa membuat persiapan untuk majlis perkahwinan.
No comments:
Post a Comment