Tuesday 2 October 2012

Dondang Sayang



 

  



Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:


  • seorang pemain biola;
  • dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan
  • seorang pemain tawak (gong kecil).
Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kekadang, rebana boleh digantikan dengan gendang atau kompang. Alat-alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.
Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti oleh rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar 5. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.

No comments:

Post a Comment