Muzik kaum Semelai diwarisi daripada generasi terdahulu tetapi diubah
sedikit muzik dan lagunya mengikut kesesuaian zaman. Terdapat dua
instrumen bagi muzik ini iaitu rebana dan gong (gong jantan dan gong
betina). Muzik ini dimainkan di balai ketika kenduri-kendara, majlis
perkahwinan, berkhatan dan keramaian untuk tujuan berhibur. Muzik akan
dimainkan diiringi lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Semelai.
Terdapat juga tarian tetapi dilakukan dengan bersyarat dan ada
peraturan yang tertentu. Muzik kaum ini juga digunakan untuk tujuan
perubatan.
Bongai atau juga dikenali sebagai Lantak Kudo, Rentak Kuda, atau Petasihl merupaka satu kebudayaan Negeri Sembilan.
Bongai mencapai puncak kemasyhurannya pada 1950-an di mana ia dianggap sebagai kemestian dalam sebarang majlis yang diadakan terutamanya majlis perkahwinan.
Secara mudah Bongai merujuk kepada majlis berbalas pantun secara melagukannya dengan kadang kala diiringi alat muzik. Pada masa dahulu, ia sering diadakan pada waktu malam, selepas balik dari bendang dan huma. Biasanya bermula sekitar pukul sepuluh (selepas solat isyak) sehinggalah sebelum tarhim (azan subuh).
Menurut Lembaga Luak Ulu Muar, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, istilah bongai berasal daripada cantuman perkataan 'abong' iaitu panggilan manja masyarakat Minangkabau untuk anak perempuan serta partikel 'ai'.
Beliau berkata, bongai yang juga dikenali sebagai 'rentak kuda' merupakan satu bentuk hiburan semasa membuat persiapan untuk majlis perkahwinan.
Persembahan boria adalah sejenis teater yng amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian yang diketuai seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat/ baton ketika menyanyi) dan diringi Sailor yang terdiri lebih daripada enam orang di belakang tukang karang yang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang.
Asalnya persembahan boria turut dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Timur Tengah, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein oleh Muawiyah Abi Suffian dan dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh tentera British berfahaman Syiah dari India ke Pulau Pinang seawal abad ke-19, selain ada yang mendakwa persembahan asal ini berasal dari India menerusi kegiatan perdagangan oleh pedagang India Muslim suatu ketika dulu.
Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.
Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil
berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar
dengan suara yang kuat dan lantang.
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantuntanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:
dua orang pemain rebana (gendangyang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan
seorang pemain tawak (gong kecil).
Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik
mereka antara persembahan tetapi pemain biola jarang berbuat demikian,
walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika
terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kekadang, rebana boleh digantikan
dengan gendang atau kompang. Alat-alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.
Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar,
bermula dengan pengenalan biola, diikuti oleh rebana dan kemudiannya
gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar 5. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.
Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura,Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gonglebih dianggap sinonim dengan gamelan.
Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahangketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.
Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.
Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.
Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".
Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.
Ghazal (Parsi: غزل; Turkigazel) merupakan puisi yang berasal sekitar 670 M, dari Parsi. Ia biasanya adalah puisi kasih sayang yang mempunyai pola irama ringan dan diiringi muzik. Ghazal popular di daerah Muar dan Batu Pahat.
Dalam sastera (dan sebagai lirik lagu), ghazal adalah bentuk puisi poetic form mengandungi rangkap yang berkongsi rima dan refrain. Setiap baris mesti berkongsi ukuran yang sama. Secara etimologi, perkataan "ghazal" secara harfiah merujuk pada "tangisan kematian seekor gazel". Haiwan itu dipanggil ghizal. Secara tradisinya, ghazal adalah ungkapan cinta, perpisahan dan kesunyian yang sesuai dilambangkan oleh gazel. Jadi, ghazal dapat difahami sebagai ungkapan berbentuk puisi tentang kesakitan akibat kehilangan seseorang yang dikasihi atau perpisahan dan keindahan cinta meskipun pedih. (Dalam bahasa Arab perkataan "ghazal" secara harfiahnya bererti "berbicara dengan wanita").
Ghazal dalam bentuk silam, bermula pada abad ke 10 ayat bahasa Persia. Ia adalah dari qasida Persia, yang sebelum itu diambil dari bentuk Arab yang boleh dikesan bermula seawal abad ke 8. Ghazal berkembang ke India pada abda ke 12 di bawah pengaruh Mughal. Walaupun ghazal merupakan bentuk puisi Urdu yang terkemuka, masa kini ia mempengaruhi puisi banyak bahasa.
Gendang Pahang merupakan seni tradisi yang mendapat pengaruh Islam yang mendalam. Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato’ Purba Jelai dan dilakukan oleh tiga generasi. Gendang Pahang mempunyai lagunya yang tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan rentak pembukaan dan di akhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak yang lain. Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan adat istiadat istana serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai. Alat muzik yang digunakan ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang Pahang tidak terhad kepada golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat dalam kesenian ini.
Negara kita kaya dengan pelbagai warisan sejarah.Warisan sejarah telah dipelihara dan dipulihara untuk generasi yang akan datang.
Warisan kesenian pula diwarisi daripada masyarakat yang pelbagai kaum.kini,usaha giat dilakukan untuk mengekalkan dan memperkenalkan warisan kesenian negara.
Kami kumpulan lima mendapat tugasan bagi menyediakan folio dengan tajuk Warisan Negara bagi memenuhi program lepas UPSR 2012 dalam mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 6